Entry for 25 May 2009 Novel Remaja part 2
Pada zaman dahulu di sebuah negeri yang bernama Langterbang rakyatnya suka bertarung.Mereka akan bertarung dalam berbagai perkara.Ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap hari ada sahaja orang yang hendak bertarung.

Mereka akan bertarung untuk menyatakan mereka benar dan akan mendapat ganja ran wang ringgit.Jika cuaca mendung mereka akan bertarung ada yang bertarung mengatakan hari akan hujan dan ada yang mengatakan yang sebaliknya .

Jika mereka nampak kucing mengejar anak ayam mereka akan bertarung mengatakan anak ayam terse bu di rumah itut akin di tangkap kucing atau sebaliknya .Begitulah suasana setiap hari.

Pada suatu hari datang lah seorang jejaka yang kacak ,kemas dan sungguh menawan ke negeri itu. Jejaka ini mempunyai tubuh badan yang tinggi lampai,dadanya bidang berkumis dan berambut ikal ke paras bahu.Maka dia ini pun membuat sebuah rumah di tepi sungai dan di duduki lah ngadi situ.Hari-hari jejuna tampan ini akin ke sungai dan menaburkan pukat ke air sungai yang jernih itu.Bila pukatnya sarat berisi ikan maka di isinya bakulnya dan di kandarkan ke pasar.Di pasarlah diniagakan hasil tangkapan nya itu.Setipa hari selepas selesai berniaga dia akin mencatitkan hasil jualannya ke dalam buku lejer di bawah hasil utama.Maka di ambil nya sebahagian duit tadi di simpannya di dalam tabung sebab zaman itu belum ada bank lagi dan sebahagian lagi di gunakan untuk membeli keperluan dapurnya.Ini lah Pekerjaan jejaka terse but.

Maka berita jejuna tampan ini tadi tersebarlah ke seluruh negeri Langterbang dan semua anak dara terpikat lah dengan nya.Mak-mak dara pun sibuk mendandan dan menyolek anak-anak gadis mereka .Manalah tahu jika jejuna ini mungkin akin berminat untuk mencari pasangan hidup.

Puak-puak lelaki yang suka bertarung ini pun apa lagi inilah peluang bagi mereka bertarung merka pun saban hari bertaruh wang mula-mula kecil sahaja jumlahnya lama kelamaan menjadi bertambah besar.Mereka bertaruh siapakah yang akan di kahwini jejaka itu. Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan dan genaplah seta Hun namun tak ada apa-apa perubahan.Ibu-ibu masih sibuk menghias dan mendandan dan sibuk juga menghendap.Maka di sekeliling rumah jejuna itu bagaikan ada pesta kaum ibu bapa serta anak-anak dar duduk menghabiskan masa untuk menunggu jejuna itu keluar.Yang aneh nya pulak jejuna itu tak pula keluar rumah Melina untuk buat crania sahaja.

Ada juga yang telah hilang sabar dan pergi mengetuk pintu rumahnya tapi tak bejewel.Namaun penduduk di situ tak jemu-jemu.

Kini tahun berganti tahun anak-anak dara pun dah tua ada yang sudah beredar tetapi kebanyakan masih di situ bagaikan di pukau.

Lama-kelamaan dengan tidak di sedari genaplah dua puluh tahun.Jejaka terse but membawa buku lejer serta sedikit pakaian nya maka pergilah dia ke tengah Bandar,naiklah dia ke atas pentas.maka seluruh penduduk pun pergilah ke situ untuk mendengar apa yang akin dikatakan oleh jejuna itu.Yang anehnya setelah dua puluh tahun d ia menjejakan kaki ke negeri itu dia masih Kelihatan tampan sebagaimana hari per tama dia menjejak kaki di negeri terse but..

Dia pun mulalah bersuara

“Wahai sekian rakyaat negeri Lanterbang kamu semua telah memperbodohkan diri dengan Pekerjaan yang sia-sia,berpoya-poya menghabiskan masa serta wang ringgit.Apa yang telah kamu semua dapat?Duit dah habis anak-anak kamu semua sudah tua dan menjadi andatu dan kalau berkahwin pun tak akan mempunyai anak.”

Setelah mendengar kata-kata jejaka ini maka sedarlah mereka bahawa mereka tak akan ada zuriat untuk meneruskan kehidupan di negeri itu lagi barulah teresak-esak ibu-ibu serta anak-anak dara menangis.Maka inilah di katakan SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.

Maka beredarlah jejaka itu dengan membawa wang berjuta-juta yang berjaya di kumpulkan di negeri Langterbang itu.

Begitulah lebih kurang cerita yang di baca Melati pada pagi itu.Tanpa di sedari matahari sudah tegak di atas kepala segeralah dia bergegas pulang ke rumah.Setibanya di rumah adik-adiknya sedang menunggu .

“Kak Teh pegi mana?” tanya Alias

“Maaf kak Teh leka baca buku di bangsal tadi,tak sedar sudah pukul satu.”jawab Melati.

Melati pun terus ke dapur memasakkan nasi goreng untuk adik-adiknya sebab mereka akan ke kelas muzik sebentar lagi.

Setelah mengerjakan solat mereka pun bersiap sedia untuk ke kelas muzik.Abu Bakar belajar main drum serta gitar,Rubiah pula bermain piano manakala Alias bermain biola.Melati pun boleh bermain biola dan piano.Masa di sekolah dahulu dia pernah menyertai Okestra mini sekolah tetapi telah menarik diri.Ahli-ahli kumpulan Okestra itu terdiri dari anak-anak orang kaya yang sombong.Mereka suka membanding-bandingk an Pekerjaan ibubapa mereka dan bercerita tentang harta benda,wang saku,Negara -Negara luar yang pernah di lawati dan bermacam-macam lagi.Bosan Melati mendengarnya.

Kebiasaanya ibu mereka Halimah akin menghantar mereka ke kelas muzik di pekan tetapi oleh kerana terlalu sibuk maka terpaksalah tugas itu di ambil alih oleh Melati.Melati pula baru sahaja menamatkan kelas memandu selama 2 jam baru belajar bawa kereta di litar belum boleh ke jalan raya lagi.Oleh itu terpaksalah mereka adik beradik menaiki teksi sahaja ke kelas muzik.

Melati telah pun tamat pengajian muziknya,sementara menunggu adik-adiknya belajar dia pergi lah ke kedai ‘Cyber cafe ‘ di sebelah kedai muzik itu.Hobi Melati selain dari membaca dan bermain piano dia juga suka melayari laman web.Dia suka baca kisah-kisah pengaembaraan ke luar negara.

Sedang dia melayari web dia bertemu satu perkara yang menarik maka di catitkan nya untuk di kongsikan bersama-sama adik-adik nya.
Tags: novel | Edit Tags

Monday 25 May 2009 – 07:29PM (SGT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

Entry for 25 May 2009 NOVEL REMAJA
NOVEL REMAJA ini di tulis khas untuk anak-anak ku yang di kasihi.Selamat membaca dan di harapkan akan memberi manfaat terutama untuk mendalami bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda kita sekelian.Selamat membaca…..

NOVEL

Di keheningan pagi ,burung-burung berkicauan,ayam-ayam berkeliaran keluar reban mematuk emping jagung yang di tabur di belakang rumah.

Di dapur pondok usang yang meneduhkan enam beranak itu ,Melati baru sahaja selesai menerap pinggan mangkuk sarapan pagi tadi.

Ayahnya, Sulaiman telah pun keluar bekerja.Hari ini dia ke bendang sawah padi peninggalan arwah nenek Melati.Ibunya pula,Halimah ke tadika Kemas di kampung sebelah iaitu kampung Pinang Sebatang.

Melati adalah anak ketiga dari enam beradik.Anak-anak Sulaiman dan Halimah ni selang bunga.Kakaknya,Salmah baru sahaja berumah tangga dan kini menetap di luar Negara iaitu di Hong Kong.

Abangnya pula sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan. Mahmud bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor Haiwan yang ternama di tanah air.

Melati pula baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SMU iaitu Sijil Memasuki Universiti.Sementara menunggu keputusan ,dia duduk sahaja di rumah menolong ibu bapanya.

Adik-adik Melati masih bersekolah,Abu Bakar belajar di sekolah menengah Panglima Garang di dalam tingkatan 4,manakala Rubiah dan Alias di sekolah rendah Permaisuri Ayu di dalam darjah 4 dan 3.

Sulaiman dahulunya bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta di ibu kota dan kini dia telah pulang ke kampung halamannya untuk mengerjakan sawah bendang pusaka peninggalan arwah tok nenek Melati.

Rumah yang mereka diami sekarang adalah rumah kecil milik nenek nya ,rumah kecil ini sudah lama atapnya telah bocor .Ayahnya sedang sibuk menyiapkan pelan supaya rumah peninggalan ini dapat di ubahsuai untuk di duduki dengan lebih selesa lagi .Buat sementara waktu ini terpaksa lah keluarganya tinggal di rumah kecil di belakang rumah nenek nya yang sebenar.

Melati hendak pergi ke Bandar mencari kerja sementara, tetapi di bantah oleh ibunya.

“Duduklah dulu di rumah ni,Melati,tak lama lagi kan dah nak masuk Universiti dah tak duduk dah di rumah.” begitulah pujukan Mak Limah .

Melati akur dengan kata ibunya.Dia suka melayan adik-adik nya terutama Rubiah dan Alias.

Selesai sahaja membuat kerja rumah dia pun meng ambil buku ceritanya dan menuju ke arah sawah di situ terdapat bangsal berlapikkan tikar mengkuang.Bangsal ini menghadap ke sawah, terletak di bawah pohon sena yang berusia berpuluh tahun.Suasana tenang dan damai sentiasa dirasakan.Hari itu panas dan terang.Sebaik sahaja Melati melabuhkan punggung nya di bangsal itu terasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa nyaman nya.Di bukanya buku yang baru di belinya hujung minggu lalu ketika menziarahi abang nya.Abang nya telah membawanya ke Kompleks membeli belah Dua Utama dan di situ ada kedai buku ternama “CORNERS”.Di sini lah Melati banyak menghabiskan masa jika ke kompleks membeli belah.
Tags: novel | Edit Tags

Monday 25 May 2009 – 06:15PM (SGT) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

Entry for 12 April 2009 Taiping
Last Sunday,5th April we drove up to Taiping,pappy,Fatimah and I.Aminah and Khadijah have party at Central park and Chem had to sister sit.

Wan Nyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s