TALES FROM AYAH

Assalamualaikum
Below are excerpts from Ayah’s diary
Rumah di maktab KKb
1920hrs

Sekali lagi aku telah bertuah kerana dapat mendengar syarahan daripada ayahanda pada pagi tadi sebelum aku berlepas kembali ke KKB
Ayahanda seperti biasa telah memulakan syarahannya dengan berbual-bual.Ia bercerita berkenaan dengan apa kah sebab-sebabnya pengorbanan seseorang itu.Katanya biar mati seorang kerana menyelamatkan satu keluarga,biar di binasakan satu keluarga kerana hendak menyelamatkansatu kampung,biar binasa sekampung kerana hendak menyelamatkan satu daerah dan biar binasa satu daerah kerana hendak menyelamatkan seluruh negara.Tetapi bila bersabit dengan hal diri sendiri biar semua binasa asalkan diri sendiri selamat-melainkan jikalau diri itu ada berfikir tinggi.Di dalam dunia ini orang yang rela membuat sesuatu jika sekiranya mengorbankan diri sendiri sekali pun mesti dengan sesuatu sebab-ada yang berkehendakkan nama,ada yang berkehendakkan pangkat,ada yang berkehendakkan kekayaan dan sebagainya.Jarang sekali kerana Allah!
Dari sini Ayahanda memulakan syarahannya.
Orang-orang yang berbuat demikian adalah kerugian yang amat besar.Kita beribadat kerana Allah,bukan kerana kekayaan,pangkat dan nama.Allah telah berfirman maksudnya “tidak ia jadikan Jin dan Manusia melainkan semata-mata untuk beribadat kepadanya”
Tuhan itu kaya daripada semua yang lain dan segala yang lain berkehendak kepadanya.Sifat kaya dan sifat berkehendak semuanya ini mesti di pelajari dan di kenali.
Dalam kitab Minhajul Abidin ada kalanya seseorang mahlok mendapat lintasan di hati kerana hendak berbuat ibadat kepada Allah.Bagaimana hendak di buat kerana ia tidak tahu!(akan bersambung)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s